BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 1, 2010

KECURIAN

*JUMAAT*(1.10.2010)
Kira-kira dlm pukul 3.00 pagi tadi, di Kuartes Guru, Alor Gajah, Melaka. Telah berlaku kecurian kabel wayar BUMI di tiga buah blok iaitu blok A, C, dan D. Namun begitu, ketika penjenayah tersebut berada di blok A, emak saya telah mendengar bunyi bising yg dtng dri mereka (penjenayah) yg ketika itu sedang memotong kabel tersebut. Emak saya terus memberitahu ayah saya, yg merupakan seorang anggota polis. Ayah saya cuba melhat keluar dan mendapati lampu tempat letak kereta dan lampu tangga telah dipadamkan. Ayah saya cuba menghubungi org kuartes dan polis untuk datang membantu. Pada ketika itu, org-org kuartes sedang nyenyak dibuai mimpi dan hanya jiran dibawah rumah kami yg dapat dihubungi. Ayah saya dan jiran kami telah membuat satu rancangan, ayah saya naik atas dan manakala jiran kami jaga di bawah blok supaya penjenayah berkanaan terperangkap........tapi sebaik sahaja ayah saya sampai di atas, penjenayah tersebut terus melarikan diri turun ke bawah. Malang sekali, penjenayah tersebut terlepas kerana jiran kami ketika itu sudah masuk ke rumahnya semula ata alasan sakit perut.( tapi, ia adalah kebiasaan yg sering berlaku ketika kita sedang di dlam ketakutan) Ketika itu lah ayah saya terpaksa mengejar penjenayah tersebut secara bersendirian. Terlalu malang nasib salah seorng penjenayah tersebut, kerana ayah saya telah dapat menangkapnya. Dalam beberapa minit kemudian anggota polis Daerah Alor Gajah datang untuk memberkas penjenayah tersebut....seramai 4 org yg berjaya melarikan diri, dan pihak polis sedang menjalankan siasatan.....

0 ulasan: